Saturday, May 26, 2012

Glamourous Night at Morib Gold Coast

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tidak bertemu di sini.Semoga rakan blogger semua dalam perlindungan Allah selalu.Tiada cerita yang menarik pun.Cuma di sini aku upload kenangan terindah sempena Hari keluarga Jabatan pada 19/5/2012.Sungguh tak sangka baju yang aku pakai itu membolehkan aku menang tempat kedua (2) Best Dress.Alahhhhh memanglah lip lap bukan main, tapi baju murah je tu
Lip lap bergemerlapan gitu!ahakassss

Bergambar bersama Iza, dia menang best dress.Baju memang meletop!!

Friday, April 13, 2012

Menangislah ketika emak ayah kita masih hidup!bukan meratapi kematian mereka!

Assalamualaikum w.b.t

Kesibukan yang amat sangat pun ya, malas pun ya.Itu yang tak berupdate blog aku ini.Tiap kali buka laptop nak update rasa macam malas sungguh.Sudahnya logoff je.Macam-macam aktiviti, gambar dah ada tapi itulah macam kering idea pun ada.Aku cerita pasal emak dan bak dululah ya.(Ada ke orang yang peduli selain dari aku dan ahli keluarga terdekat?).Kalau orang tanya aku macam mana keadaan emak dan bak.Alhamdulillah sihat, sihat cara orang sakit dan tak berupaya.Syukur kalau mereka masih boleh beribadah dan mahu makan.Takkanlah pulak aku nak harapkan dia sihat macam aku.Aku pun kadang-kadang terkucil juga!
Aku snap gambar ini sewaktu melawat Bak di rumah Kak Long.Masa ini dia sedang solat maghrib.Walaupun sebelum ini memang sukar untuk dia bercakap dengan jelas tapi Alhamdulillah, aku dengar bacaannya masih jelas dan betul.Dia solat dia atas kerusi ini.Dia solat dengan cara dia rasa paling selesa.Terima kasih Eman yang sanggup menjaga Bak dengan baik.Kalau tidak kepada siapalah kami nak harap lagi...Alhamdulillah
Masa ini emak sedang menunggu gilirannya di depan bilik rawatan HKL.Masa aku bawa emak untuk follow up check di HKL ni hujan memang lebat sungguh.Siap ribut petir.Di HKL ni memang susah nak parkir kereta.Tempat parkir punyalah jauh.Kena berjalan lebih kurang 1km jugalah.Tapi aku alhamdulillah sihat, memang tak jadi masalah nak berjalan jauh.Dengan segala kudrat yang aku ada, aku sorong emak dengan kerusi roda.Mempermudahkan dan mempercepatkan perjalanan.Kalau nak ikutkan bukan tenaga wanita berumur 40an nak sorong kerusi roda ini di sepanjang laluan pejalan kaki yang tinggi rendah di HKL tapi entah, Allah Maha berkuasa, Dia pinjamkan aku kudrat itu.Disebabkan meredah hujan aku memang basah kuyup.Emak tak adalah basah sebab aku dah drop dia di tempat menunggu teksi.Agak terlewat juga aku daftarkan emak, mujur jugalah tak dimarahi doktor, mungkin dia kesian agaknya melihat aku yang basah kuyup.Alhamdulillah keadaan kesihatan emak agak baik.Bacaan tekanan darah dan gulanya dalam keadaan yang baik.BP 155/70 dan bacaan gula cuma 6.9.Memang normal untuk seorang pesakit buah pinggang kronik macam emak....Alhamdulillah.
Untuk anda di luar sana, ingatke bila kali terakhir anda memotong kuku ibu dan ayah?Bila kali terakhir anda menyentuh jejari kaki mereka untuk memotong kuku mereka?
Saja ambil gambar sebelum abang nak ke tempat kerja..Nampak sangat dia tak nak bergambarkan?hehehe



Sunday, April 1, 2012

Cinta Buku bukan Muka buku :)

Macam biasalah kalau masuk shoppings mall yang ada kedai buku memang tak sah kalau tak beli buku.Baru-baru ini singgah di Bangsar Village.Di situ ada Border outlet.Ingatkan nak cari koleksi Affifudin Omar.Tapi tak ada pulak.Memang best rupanya tulisan Affifudin Omar.Karya dari mata lelaki, jauh berbeza dengan penulis wanita.Bahasa lebih kasar dan telus, jauh daripada berbunga-bunga sangat dan dibuai perasaan.Sudahnya aku beli je koleksi lain daripada penulis lelaki juga.
Aku juga sedang menghimpunkan buku-buku Stephen Covey.Bukan bukan novel.2 bukunya aku dah baca.Tercapai juga azam untuk baca 1 buku sebulan.Tapi aku telah melepasi penanda aras aku sendiri.Masuk bulan Mac aku dah baca 6 buku.yeayyyyy!Celik ilmu.Memetik kata-kata Dr.Muhaya 'Kita banyak dipengaruhi oleh apa yang kita baca dan orang-orang yang kita temui'..Jangan baca novel terbuai oleh perasaan dan berangan macam karektor dalam novel sudah!Sebab kehidupan sebenarnya pembaca kadang-kadang tidak seindah mana pun!Terbawa-bawa perasaan, terbuai-buai!Macam drama melayu tu jugalah.Kalau dalam drama melayu orang melayu kebanyakannya Millionaire!Padahal realiti kehidupannya hampehhhhh!Kais pagi makan pagi, kais petang bayar hutang!Syukur dengan limpahan rezeki yang Allah pinjamkan kepada Aku dan keluarga...

Menu Tertangguh bukan basi tau

Assalamualaikum w.b.t

Sebetulnya ini menu masak minggu lepas.Malas melanda, itu yang malas sangat-sangat nak update blog.Memang ada ambil gambar tapi tak upload dalam blog.Tak ada menu istimewa pun.Menu biasa-biasa je.Kebetulan adik aku datang dari JB bawakan ikan segar dari sana.Dia bawa ikan debam/dengkis dan udang.Kalau di KL memang tak ada ikan ini.Tak pernah lagi aku terjumpa.Kalau di Johor memang macam-macam spesis ikan laut yang susah nak dapat di KL.Orang Johor biasalah, masak asam pedaslah apa lagi.perghhhhhhh!

Abang juga ada bawakan nangka muda.Aku masak lemak berempah dengan udang.Buat juga sambal belacan.Pecah pantang tengah on diet!Ambil gambar dalam rumah je tu yang macam kureng je kan..layannnnnn



Sunday, March 25, 2012

Produk NDZ

Assalamualaikum w.b.t
Ndz ~ Beri Bukti Bukan Janji...Inilah Mak Cik Sabun (Akulah tu)

Alhamdulillah.Rezeki dari Allah datang dari pelbagai cara.Tanpa diduga baru-baru ini banyak pulak dapat panggilan telefon dan sms bertanyakan tentang produk yang aku iklankan di banner blog aku ini.Produk Ndz.Terimakasih kepada yang bertanya dan telah membeli produk aku ini secara online.Bisnes sambilan kecil-kecilan.Terima kasih juga kepada Puan Eli dan Puan Suhana yang telah senaraikan nama aku dan nombor telefon aku di blog Ndz sebagai salah seorang Dealer Ndz Cosmetic,
Dah lama aku guna produk Ndz ini.Alhamdulillah, selama aku guna pakai memang tiada kesan sampingan.Kepada sesiapa yang sudi nak cuba guna bolehlah hubungi aku.
NOZI - 0132708656

Cara Penggunaan

~ Bersihkan muka dengan sabun,Urut perlahan-lahan
~ Selepas wajah dikeringkan sapukan krim UV Whitening
~ Ulangi langkah di atas sekurang-kurangnya 2 kali sehari
~ Untuk kegunaan siang dan malam
~ Di peringkat awal pemakaian, kemungkinan kulit muka anda akan berasa sedikit perit dan gatal (bagi sesetengaH jenis kulit yang sensitif). Ini menandakan produk mula bertindak balas untuk membuang sel-sel kulit yang telah mati.



Saturday, March 17, 2012

Kari Udang Galah & Blaus Aeon JJ

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama juga tak cerita tentang masak campak lebur.Every weekend masih memasak cumanya tak sempat nak snap photo and upload here.Ini pun aku snap photo guna kamera BB.Tak sempat sungguh nak ambil gambar dari luar menggunakan cahaya yang terang.Props memang tak adalah.Tak kisahlah yang penting wanita berkerjaya macam aku masih ke dapur dan memasak.Kalau setakat masak campak lebur bukan susah manapun.
Kari udang galah ini aku masak untuk lunch hari ini.Banyak juga abang bawa balik.Kalau simpan memang tak sedap.Itu yang aku masak je kesemuanya.Kesiankan Hidayah yang tak boleh makan udang, aku campurkan juga bebola ikan dan terung..Kari pekat, memang terangkat!tambah-tambah pekena nasi panas.

Dah lama Aeon JJ voucher terperam dalam handbag aku.Aku memang jarang ke Jaya Jusco.Voucher ini aku dapat dalam cabutan bertuah Finance Family Day Tahun 2010.Mujurlah tak ada expiry date.Boleh redeem bila-bila masa.Berkesempatan singgah di JJ, aku pilih blaus yang sesuai untuk ke pejabat.JJ tengah sale tapi blaus yang aku berkenan dan pilih ini tak ada diskaun pulak.Tapi dah berkenan pilih jugalah.Ke Kaunter bayaran dan hulurkan voucher Aeon JJ, untungkan tambah duit sikit je untuk bayaran.Banyak jimah tu.


Wednesday, March 14, 2012

Cuti Sekolah, Aku pun cuti ~Edisi Memanah @ Berjaya Times Square



Seperti yang dijanjikan, akhirnya tertunai sudah janji aku kepada Hidayah.Bawa dia pergi memanah.Dah lama juga rasanya Hidayah tak berpeluang untuk memanah.Ibu lihat kakak dah macam hilang skil ya!Akhirnya pagi Rabu, 14 Mac 2012.Aku bawa hidayah dan 2 orang rakannya, Nina dan Ayu ke Star Archery, Berjaya Times Square.Seronok lihat mereka gembira.Imran cuma berlegar-legar dan berposing sahaja.

Selepas aktiviti memanah, kita orang singgah masuk di Border.Macam biasalah tak sah kalau tak beli buku.Looking for John Grasham (recommended by DSK :)..Thank you) and Nina so excited dapat beli value buy The dangerous games.Aku dah beli that book at Border, Bangsar Village.Hidayah bought 'Manglish', broken english!

Jangan sampai fallin in love with John Grisham sudah!Hidayah suggest buat koleksi buku-buku di mini library di rumah mengikut Author dan Novelis yang baik..Insyallah.Nanti dah update library akan share di sini

Kesian Imran.Akhirnya aku beli juga mainan memanah ini di salah satu outlet di Times Square.Dia nampak seronok.
Ready, Aim and Shoot!

Tak dapat join kakak memanah, dapat bergambar dengan arrow and the instructor pun jadilah!

Dah jalan-jalan memanglah lapar rasa.Mulanya nak masuk ke food court tapi bila aku tengok most of the sellers are chinese, hati dah rasa was-was.Tak jadi masuk.Sudahynya aku ajak anak-anak masuk ke restoran rasa utara.Lega rasa sebab tukang masaknya seorang wanita melayu yang cantik, bertudung lagi.Juga pembantunya lelaki melayu.Macam biasa pergi mana-mana kalau tak bergambar memang tak sah.Hidayah & Nina......Ema, jangan nangis tau!

Lama juga kami tunggu makanan.Soto ayam dan mee rebus.Sedap juga makanannya tapi servis memang slow.Fail!Kalau tengah kelaparan memang tak sesuai langsung masuk makan di restoran ini.Kena cari restoran lain!
Aku daftar Hidayah as Classic Membership di Star Archery.RM180 setahun.Free T-shirt, Safety gear untuk memanah, car sticker and badge.Always Aiming Awesomeness!